January 31, 2012

BingkiSaN doA buaT y Trsyg..

  

          
Ya Allah..
Seandainya telah kau catatkan..
Dia milikku dn trcipta buatku….
Satukanlah hatinya dgn hatiku….
Titipkanlah kebahgiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah..
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini….
Ketepian yang sejahtera dan abadi….

Tetapi ya Allah…
Seandainya kau telah takdirkan
Dia bkn milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku….
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aq dari kekecewaan

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti…
Berikanlah aq kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah…
Agar aku bahagia
Walaupun tanpa bersamanya….

Dan ya Allah yang tercinta..
Gantilah yang telah hilang….
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dgn dirinya
Ya Allah ya tuhanku..
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik buatku..
Kerana Engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini…

Ya Allah…
Cukuplah kau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia da di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini…
Jangan kau biar aku bersendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau raedhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Ya Allah…
Kau berikanlah dia kebahagiaan di dunia dan di akhirat..
Lindungilah dia daripada sebarang keburukan…
Lembutkanlah dan terangkanlah hati dia
Supaya dia menjadi seorang lelaki dan anak yang soleh….
Berikanlah dia petunjukMu
ya Allah…
Kuatkanlah iman dia
Lapangkan dada dia…
Berkatikanlah ilmu yang dia pelajari

Andai dy bukan untukku..
kau berikanlah dia seorang wanita yang mampu membahagiaka dia
Dan menjaga dia sebaik2nya..
dn juga dapat memberi dia keluarga yang bahagia..
yang dpt memberi ape yang aku tak mampu beri...
dan yang seorang yang solehah...
agar dapat membimbing dia..
dan membawa dia ke dalam syurga....
yang mampu membuat dia sentiasa tersenyum..
aku bahagia melihat senyuman dia...
walaupun senyuman itu bukan untuk aku....
aku redha......

amin ya Rabbal A'lamin

(dia = seorg jejaka y aq cinta dn sayang pai skrg..)


No comments: