February 17, 2012

~✿ C.I.N.T.A ✿~





            Lima huruf kecil yang memberi KESAN yang cukup besar..seorang yang MISKIN berubah menjadi KAYA, kerana cinta..seorang yang BODOH berubah menjadi CERDIK, kerana cinta. .seorang yang HODOH berubah menjadi CANTIK, kerana cinta..seorang yang KOLOT berubah menjadi MODEN, kerana cinta..

            Sampai ke SATU TAHAP, cinta ini boleh MEMAKAN DIRI MANUSIA..seorang yang TERPELAJAR boleh hilang MARUAH dan HARGA DIRI, kerana sebuah cinta..seorang yang KAYA dan berada boleh menjadi PAPA KEDANA, kerana sebuah cinta..seorang yang WARAS dan CERDIK, boleh TERJUN bangunan atau meneguk RACUN tikus, kerana sebuah cinta..seorang GADIS yang LEMAH LEMBUT dan mendengar kata, boleh LARI dari rumah kerana sebuah cinta..HUBUNGAN antara anak dan ibu bapa boleh PUTUS, juga kerana sebuah cinta..

  
              Ketika cinta datang..adakah kamu akan terus memberi PELUANG dan RUANG..terus menerima kata sayang, cinta dan rindu..terus membiarkan hati kamu DISENTUH dan terus mengikut rasa hati? Atau kamu akan bertindak lebih drastik, dengan terus memenuhi ajakan keluar BERDATING, keluar makan bersama, naik kereta bersama atau mengikutinya ke mana sahaja disebabkan rasa cinta, kasih dan sayang? Atau kamu akan merujuk terus kepada TUAN PUNYA RUMAH..dalam diri kamu ada sekeping hati, yang mana pemiliknya adalah ALLAH.adakah merujuk kepada Allah itu tindakan PERTAMA dan UTAMA, atau hanya tindakan susulan selepas kamu beroleh KECEWA?

            Maka, RENUNG-RENUNG dan timbang taralah dengan diri masing-masing..cinta yang datang bertamu TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN..begitu juga jika terbukti tetamu itu adalah SANG NAFSU bertopengkan cinta..tetapi semuanya terletak di atas KEIMANAN dan KETAQWAAN kamu kepada Pemilik segala cinta..bukan bermakna menyuruh kamu berserah bulat-bulat tanpa sebarang usaha..sekadar mengajak untuk MERUJUK kepada Sang Empunya cinta, kerana padaNyalah BERHIMPUN segala cinta yang ada..♥♥♥♥






No comments: