May 31, 2012

15 Ciri Wanita Mudah Dikecewakan Lelaki


BAGI orang perempuan semestinya ada rasa sayang sepenuh hati terhadap seseorang lelaki yang di anggap penting dalam kehidupannya. 
Tetapi, walau macam mana anda cuba curahkan kasih sayang kepada pasangan anda, tetap mahu menduakan anda, jika ini berlaku anda berkemungkinan memenuhi ciri-ciri perempuan di bawah.

1. Anda terlalu mudah membiarkan orang baru masuk dalam kehidupan peribadi anda.

2. Anda mudah tidak percaya pada diri, minda, dan berasa tak boleh hidup sendiri.

3. Anda tahu bahawa hubungan anda bermasalah, tetapi anda biarkannya sahaja.

4. Hampir semua hubungan anda pada masa lalu bermasalah.

5. Anda terlalu mudah jatuh cinta dan mudah jatuh pada kata-kata manis lelaki.

6. Anda senang mendengar pujian, dan lebih senang percaya pada kata-kata daripada memerhatikan sikap seseorang.

7. Anda terlalu terbuka, dan tak segan menceritakan tentang keburukan korang pada masa lalu.

8. Anda jenis orang yang emosional dan mudah menangis.

9. Anda selalu mengambil tindakan yang berlebihan dalam menyelesaikan masalah.

10. Yang pertama kali anda nilai dari seseorang adalah penampilannya.

11. Anda sering berasa takut dan kesepian.

12. Anda tergila-gilakan filem-filem berunsur drama percintaan yang mengalirkan air mata.

13. Anda cemburu buta.

14. Anda terlalu positif dan takut kehilangan pasangan anda.

15. Anda tak pedulikan kawan-kawan lain dan sering berada di sisi pasangan anda waktu keluar bersama.